Tadau Kaamatan adalah perayaan yang cukup sinonim dengan masyarakat Sabah dan diwarisi sejak sekian lama oleh kaum Kadazandusun.
la kini telah diterima sebagai salah satu perayaan utama negara sama seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas.
Meskipun pada asalnya ia merupakan warisan kebudayaan masyarakat Kadazandusun dan Murut yang merupakan majoriti penduduk Sabah, namun kini ia disambut oleh semua kaum lain di negeri ini sebagai salah satu simbol perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.
Tadau Kaamatan yang bermaksud Pesta Menuai merupakan perayaan kesyukuran dan penghormatan semangat padi yang dipanggil ‘Bambarayon’ atau ‘Bambaazon’. la diwarisi sejak turun-temurun oleh nenek moyang mereka yang merupakan golongan petani.
Perayaan ini amat bermakna kerana ia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kepercayaan dan adat tradisi. Suku kaum Kadazandusun mempercayai padi mempunyai semangat yang harus dihormati. la adalah lambang pengorbanan seorang wanita demi menyelamatkan masyarakat ramai.
Daripada mitos yang diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi, mereka percaya dunia ini adalah ciptaan Tuhan yang mereka panggil Kinorohingan. Kinorohingan dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan tunggal jelita bemama Huminodun.
Suatu ketika dahulu suku kaum Kadazandusun mengalami bencana kemarau menyebabkan wujud masalah kebuluran. Kinorohingan yang berasa kasihan terhadap kesengsaraan dan penderitaan mereka telah mengorbankan Huminodun dan jasadnya telah disemadikan di bumi.
Daripada tubuh Huminodun ini bumi menjadi subur dan telah tumbuh padi serta tumbuh-tumbuhan lain membolehkan suku kaum Kadazandusun mendapat sumber makanan baru iaitu beras.
Sebagai tanda kesyukuran dan membalas pengorbanan Suminundu, suku kaum Kadazandusun telah membuat sumpah setia kepada Kinorohingan yang mereka akan sentiasa mengenang Suminundu.
la dilakukan dengan cara mengadakan upacara penghormatan Semangat Padi dan upacara-upacara lain yang mempunyai kaitan dengannya.
Rentetan itu, bermula 1 Mei setiap tahun, sambutan Tadau Kaamatan akan disambut dengan penuh meriah oleh masyarakat Sabah. la kemudian diistiharkan sebagai salah satu daripada perayaan nasional pada tahun 2001.
Di Sabah, perayaan ini akan disambut besar-besaran di setiap daerah. Majlis pelancaran akan diadakan secara bergilir di setiap daerah di Sabah.
Bagi pengunjung dari luar yang ingin mengenali masyarakat, kebudayaan, kesenian atau apa sahaja yang berkaitan dengan penduduk terdiri daripada kira-kira 40 etnik di Sabah, Tadau Kaamatan adalah perayaan paling tepat untuk disaksikan